Friday, September 9, 2011

NUTRIZYME


Hari ni saya nak perkenalkan satu produk dari Nutrimetics..Nutrizyme...Ianya sesuai untuk membantu kesihatan anda semua..ok jom baca...berminat nak order boler sms saya





Campuran enzim hidup dengan buah-buahan tropika.


Apakah itu ENZIM
· Enzim amat penting untuk tujuan metabolisma dan menjalankan proses sel-sel badan yang normal.
· Enzim diperlukan dalam kuantiti yang mencukupi untuk mengekalkan kesihatan dan kualiti hidup.
· Tanpa kehadiran enzim, sel-sel badan tidak boleh berfungsi.
· Enzim digelar sebagai ‘injap kehidupan’ yang memulakan segala kehidupan sel-sel.
· Terdapat lebih daripada 1000 enzim dalam badan yang menjalankan lebih daripada 4000 proses metabolisma untuk kesejahteraan badan.
· Sayur-sayuran serta buah-buahan mengandungi kebanyakan enzim-enzim utama yang penting untuk kesihatan badan.
Mengapa Kita Memerlukan Enzim?
Manusia tidak boleh membuat dan menghasilkan enzim-enzim yang tertentu untuk mencernakan makanan tertentu, contohnya enzim cellulose (yang hadir bersama serat) dan lactase (kekurangan enzim ini akan menyebabkan senak perut).
Dengan mengambil enzim-enzim, ia akan meningkatkan kadar pencernaan serta penyerapan nutrien daripada makanan.


Beberapa fakta yang harus diketahui:-
1. Proses penuaan semulajadi akan mengurangkan penghasilan serta keberkesanan aktiviti-aktiviti enzim untuk pencernaan.
2. Perubahan dalam gaya hidup serta pengambilan makanan yang tidak sihat akan memerlukan lebih banyak enzim untuk tujuan pencernaan makanan yang susah dihadam.
3. Orang yang mempunyai penyakit–penyakit tertentu memerlukan enzim-enzim secara terapeutik untuk membunuh patogen dan bakteria.
4. Pemulihan serta penyelenggaraan sel-sel memerlukan enzim yang mencukupi.

NUTRIZYME Bukan Sekadar Enzim Yang Biasa

Enzim amat sensitif terhadap cahaya, haba, oksigen dan pH.
Enzim juga direka spesifik untuk bertindak atas substratnya (makanan atau molekul tertentu). Enzim tertentu cuma bertindak terhadap molekul atau makanan yang sesuai dengan struktur enzim itu sahaja, seperti hubungan mangga dengan kunci.
Contohnya amylase cuma bertindak pada makanan berkanji serta karbohidrat.
Oleh itu untuk memastikan enzim-enzim yang diekstrak dapat berfungsi seperti sediakala kita perlu mengekalkan proses pengekstrakkan supaya dapat memelihara fungsi asal enzim apabila dimakan dalam badan.
Nutrizyme menggunakan proses ‘Enzim Hidup’ yang direka oleh pakar-pakar dari Jepun untuk memastikan kualiti dan keberkesanan enzim-enzim dapat dikekalkan.



Proses Enzim Hidup Berpaten
Proses Penghasilan ‘Enzim Hidup’ dari Jepun Yang Meraih Anugerah
Pemecahan dan pemprosesan buah-buahan & sayur-sayuran è Pensterilan menggunakan Penapis Nano è Fermentasi + Pemecahan & Pencernaan Biologikal menggunakan 2 strain mikroorganisma è Pemprosesan menggunakan suhu rendah dan rotasi per minit è ‘Enzim-enzim Hidup (nutrizyme)



6 Fungsi Utama ‘Enzim Hidup’


1. Mengawalatur Keadaan Dalaman Sel-sel
· Mengekalkan kealkalian darah
· Menyahtoksin
· Mengekalkan keseimbangan mikrobial dalam usus
· Menguatkan sel-sel
· Memperbaiki sistem penghadaman
· Menguatkan keimunan terhadap penyakit dan patogen merbahaya.

2. Anti Keradangan
· Keradangan dan alahan merujuk kepada kerosakan yang dilakukan terhadap dinding membran sel dan kemudiannya menampung pembiakan bakteria yang merbahaya.
· Enzim-enzim merangsang penghasilan sel-sel darah putih untuk melawan aktiviti ini, supaya lebam dan luka akan pulih sediakala.

3. Anti-bakteria dan Aktiviti ‘Fagositik’
· Enzim-enzim merangsang aktiviti sel darah putih untuk melawan kuman
· Memulihkan sel-sel yang rosak

4. Pemecahan dan Pencernaan Nutrien
· Enzim-enzim bertindak untuk memecahkan serta mencernakan toksin-toksin dan bahan residu yang tidak dikehendaki daripada badan melalui sistem peredaran darah.
· Ia memperbaiki pencernaan, dengan itu nutrien dapat diserap ke dalam badan.

5. Pembersihan Darah
· Enzim mencernakan serta membuang bahan-bahan buangan sel keluar daripada sistem peredaran.
· Enzim dapat memecahkan kolesterol, mengekalkan pH darah dan peredaran darah.

6. Meningkatkan Riwayat Hidup Sel-sel
· Enzim menguatkan kadar metabolisma sel-sel, dengan itu memulihkan sel-sel.

Bagaimana Nutrizyme Dapat Membantu Kesihatan Anda


Pengambilan Nutrizyme merupakan cara yang paling mudah untuk memperbaiki kualiti hidup anda. Ia diperbuat daripada 4 ramuan utama (Buah Passion, Nenas, Oren dan Kaktus), serat tumbuhan, serat larut air, insulin, bifidobacterium, fructo-oligosaccharide,10 jenis enzim-enzim hidup dan vitamin C.
Buah Passion
· Buah passion kaya dengan Vitamin A, vitamin C, potassium dan serat dietari.
· Para penyelidik dari University of Florida mendapati bahawa buah passion dapat membunuh sel-sel kanser secara invitro. Kehadiran fitokimia tumbuhan seperti karotenoid dan polifenol yang memainkan peranan anti-kanser tersebut.
· Kandungan sterol pula menolong merendahkan tahap kolesterol yang buruk.
· Kaya dengan antioksidan.
Nenas
· Mengandungi hampir kesemua spectrum vitamin dan mineral spt manganese yang penting untuk membina otot, tulang serta tisu penyambung.
· Nenas juga mengandungi enzim bromelain yang bertanggungjawab mencernakan protein yang bermolekul besar.
Oren
· Ekstrak oren digunakan secara meluas untuk mengubati penyakit seperti sakit vena yang kronik, buasir, lebam, hidung berdarah dan lymphedema (pembengkakan pada tangan).
· Peranan ini dimainkan oleh kandungan bioflavonoid dan vitamin C yang hadir semulajadi dalam buah sitrus seperti oren
Kaktus
· Mengandungi kuantiti Vitamin A, B Kompleks, C, E, beta karoten, indicaxanthin dan zat besi yang banyak.
· Lebih dikenali sebagai antara makanan yang paling lengkap di dunia.
· Pigmen betalain yang merupakan antioksidan amat cekap untuk menghambat radikal bebas.
· Pengambilan buah kaktus sebagai makanan suplemen tambahan selama 2 minggu dapat memperbaiki tekanan oksidatif dalam individu normal.


Kebaikan Mengambil Nutrizyme


1. Mengurangkan masalah penghadaman seperti pembentukan gas, senak perut dan asid refluks.
2. Mengurangkan keletihan serta meningkatkan tahap tenaga.
3. Meningkatkan kapasiti pengangkutan oksigen
4. Menguatkan sistem keimunan
5. Regenerasi sel-sel dan tisu-tisu tubuh
6. Mengatasi masalah penghadaman dan ketidakselesaan
7. Menyokong pembiakan bakteria yang berguna dalam usus
8. Anti-mikrob dan anti keradangan
9. Menguraikan serta mencernakan protein bermolekul besar dan patogen, dengan itu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular


Harga:RM 89.90 -20 sachet(sudah termasuk kos pos)
Berminat untuk order? sms saya : 0193249113

No comments:

Post a Comment

Self Check List 4Me and U

Suka sgt baca posting dr ayu safieza....blog http://kitchencolours.blogspot.com/ tentang self check list..peringatan untuk diri sendiri..hope ayu tak kisah....saya letak kat sini..

Self Check List

4Me and U

  • ~ Menutup aurat sepenuhnya
  • ~ Berisgtifar apabila buat benda laqa'
  • ~ Bersyukur dengan ucapan alhamdulillah
  • ~ Membaca al-Mulk dan witir sebelum lena
  • ~ Mendoakan orang lain
  • ~ Memaafkan kesalahan orang lain
  • ~ Membaca Al Matsurat selepas subuh dan asar
  • ~ Membaca dan menghayati al-Quran setiap hari
  • ~ Taat pada suami & ibu bapa
  • ~ Bersabar mendidik anak
  • ~ Mengingati mati sekerap mungkin
  • ~ Merasa diri hina dan buruk dihadapanNYA
  • ~ Berfikir tentang kekuasaan Allah
  • ~ Bangun qiam at least seminggu sekali
  • ~ Berpuasa 8 kali sebulan
  • ~ Solat 5 waktu di awal masa
  • ~Berfikiran positif dan gembirakan diri dan orang lain
  • ~Berbaik sangka, jauhi berduka & akui kelemahan diri
  • ~Berusaha memperbaiki diri
  • ~Jaga makan, minum dan lakukan senaman
  • ~Jaga mata, lidah dan hati
  • ~Jaga pergaulan