Thursday, December 30, 2010

Formula mencapai matlamat 2011 dari Irfan Khairi

Formula mencapai matlamat 2011 anda
oleh: Irfan Khairi
http://www.facebook.com/irfankhairi.fb


1: Keinginan
Pertama sekali di dalam formula kejayaan adalah keinginan. Untuk mencapai apa jua matlamat yang anda impikan, anda perlu mempunyai keinginan untuk mencapai matlamat tersebut. Lagi mendalam keinginan anda, lagi mudah untuk anda mencapai matlamat tersebut.

Keinginan seumpama api yang membakar. Lagi besar api tersebut, lagi hangat ia akan membakar keinginan jiwa anda dalam mencapai apa jua cita-cita yang anda letakkan untuk diri anda sendiri.

Punca utama seseorang itu tidak dapat mencapai matlamatnya adalah takut kepada kegagalan. Sekiranya anda takut kepada kegagalan, maka, anda tidak akan mengambil langkah pertama untuk mencapai apa jua matlamat. Keinginan akan membawa anda untuk mengambil langkah pertama tersebut.

Tanpa keinginan, matlamat tidak akan tercapai.

2: Keyakinan
Lagu yang sering bermain di kepala saya sejak dulu sehingga kini “Jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu, usaha mu tidak menentu”

Lagu yang popular pada 80-an. Ya, bunyi nya amat cliché, tetapi lagu yang simple ini mengandungi mesej yang amat besar!

Dalam usaha untuk mencapai apa jua cita-cita anda, anda perlu mempunyai keyakinan di dalam hati bahawa cita-cita tersebut akan dicapai! Dengan keyakinan yang tinggi, ia akan menjadi penggerak kepada anda untuk tidak menoleh kebelakang lagi.

Keyakinan bukan bermaksud untuk menjadi bongkak dan taksub… anda tidak perlu meyakinkan orang ramai. Anda hanya perlu meyakinkan diri anda sendiri sahaja. Usah risau dalam meyakinkan orang ramai… anda perlu tunjuk bahawa cita-cita anda tercapai- itu sahaja yang akan meyakinkan orang ramai.

Dalam menetapkan matlamat anda, anda perlu realistik. Matlamat yang realistik akan membantu dan motivasikan anda untuk memberi keyakinan. Sebagai contoh, matlamat untuk mendapat kenaikan gaji 2 kali ganda dalam masa setahun mungkin tidak realistik. Tetapi, matlamat untuk menaikkan gaji anda sebanyak 20% dalam masa setahun adalah lebih realistik!

Matlamat yang tidak realistik hanya akan melemahkan motivasi diri anda apabila ianya tidak tercapai.

3: Tulis matlamat anda
Ini AMAT penting. Sejak saya menulis di ruang motivasi MASKULIN, entah berapa kali saya mengulangi petua ini. Di dunia, hanya 2% daripada golongan dewasa yang menulis matlamat mereka tersendiri. Baki 98% yang lain mungkin tidak mempunyai matlamat hidup, ataupun, sekiranya ada, tidak menulisnya.

Menulis matlamat anda adalah seperti anda membuat perjanjian dengan diri anda sendiri. Matlamat tersebut akan tersemat di fikiran anda dan sentiasa mengingati anda secara sedar, ataupun separa-sedar untuk anda mencapaikannya.

Matlamat yang tidak tertulis adalah seumpama angan-angan sahaja. Apabila anda menulis matlamat anda, ia menjadi sesuatu yang nyata- boleh di sentuh. Anda telah membawa matlamat di imaginasi kepada bentuk yang anda dapat mengenggamkannya!

4: Senaraikan kebaikan yang anda akan kecapi
Apa yang anda akan dapat sekiranya matlamat anda tercapai? Senaraikan segala-galanya. Lagi panjang senarai anda, lagi bagus. Ini adalah kerana anda menyenaraikan motivasi-motivasi yang akan mebakar semangat anda untuk terus berusaha dan mencapai kebaikan tersebut.

Manusia adalah insan yang beremosi. Dengan memikirkan kebaikan yang anda akan kecapi, ia akan memandukan anda ke arah mencapai matlamat tersebut. Berikan sebab-sebab mengapa anda mahukan matlamat anda tercapai, apakah pulangan yang anda akan terima, serta bagaimanakah tahap kepuasan anda sekiranya matlamat itu tercapai- ini akan menyemarakkan lagi semangat anda untuk mencapaikannya.

5: Cermin kan diri sendiri
Di mana anda berada ketika ini? (bukan di bangku atau di sofa!). Pada ketika ini, apakah keadaan anda. Anda perlu ketahui di mana anda berada kini untuk mencapai matlamat yang anda telah tetapkan.

Pastikan anda ketahui di mana anda berada kini oleh kerana itu adalah titik permulaan perjalanan anda. Lebih jelas anda dapat fahami keadaan anda kini, lebih jelas anda dapat melihat jalan ke arah pencapaian matlamat.

Sebagai contoh, sekiranya anda inginkan bebas kewangan, duduk dan ambil masa untuk melihat keadaan kewangan anda kini secara jujur. Sekiranya matlamat anda adalah untuk menurunkan berat badan, anda perlu ketahui berat badan anda kini sebagai titik permulaan.

6: Tetapkan deadline
Matlamat tanpa deadline adalah tidak lengkap. Apa jua matlamat yang ditetapkan, tetapkan sama deadline untuk mencapainya. Bila kah deadline yang terbaik? 6 bulan? 1 tahun? 3 tahun? 5 tahun? Atau 10 tahun?

Kebanyakan orang tidak deadline untuk menetapkan matlamat oleh kerana takut, matlamat tersebut tidak dapat tercapai sebelum deadline! Sekiranya tidak tercapai, ia akan mengurangkan motivasi sendiri… oleh itu, mereka biarkan tarikh untuk mencapai matlamat tersebut terbuka- bila-bila masa sahaja!

Itu adalah pemikiran yang salah. Dengan menetapkan deadline untuk matlamat anda, anda memberi satu sasaran yang jitu. Apa akan terjadi sekiranya anda tidak berjaya mencapai matlamat sebelum tarikh deadline? Senang sahaja… berikan satu tarikh deadline yang baru! Ia hanya akan mengajar anda untuk lebih berusaha dan lebih realistik dalam mencapai matlamat.

7: Ketahui rintangan
Dalam mencapai apa jua yang berbaloi, sudah pasti akan terdapat rintangan di hadapan anda. Lagi besar matlamat anda, lagi besar rintangan yang anda perlu lalui. Ketahui rintangan-rintangan tersebut dan pelajari cara untuk menempuhinya terlebih dahulu.

Anggap usaha anda dalam mencapai matlamat adalah satu perjalanan mencari ilmu. Setiap rintangan yang anda temui walaupun sekecil manapun akan memperbaiki diri anda untuk rintangan-rintangan yang lebih besar di masa hadapan. Ini menjelaskan bahawa, mereka yang berjaya didunia adalah tergolong daripada mereka yang berpengalaman menghadapi rintangan-rintangan tersebut.

Kejayaan yang cemerlang akan hadir apabila anda berjaya menguasai segala rintangan. Oleh itu, lakukan perancangan terlebih dahulu. Senaraikan apakah rintangan-rintangan yang akan muncul.

8: Ilmu tambahan
Ketahui Ilmu tambahan yang perlu anda lengkapkan pada diri anda untuk mencapai cita-cita tersebut. Manusia diberi anugerah akal fikiran yang merupakan anugerah yang paling istemewa sekali.

Bina satu senarai- apakah ilmu tambahan yang anda perlu ketahui untuk mencapai matlamat anda? Apakah kebolehan tambahan yang anda perlukan? Apakah pengalaman yang anda perlukan? Bolehkah anda mendapat bantuan orang lain sekiranya anda tidak mempunyai sesuatu kebolehan itu? Apakah maklumat yang paling penting atau kebolehan yang paling penting untuk andapunyai dalam mencapai matlamat anda?

Tanggungjawab anda adalah untuk mempelajari apa jua yang anda perlu tahu dalam mencapai matlamat anda.

9: Perancangan
Kata pakar motivasi “Gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal”

Jangan biarkan nasib menentukan arah tuju anda. Buat perancangan yang rapi- seperti kontraktor memerlukan plan untuk membina bangunan yang gagah berdiri. Anda juga perlu plan untuk mencapai menara gading.

Rancang langkah-langkah anda dengan terperinci- dalam masa 1 bulan, apa yang anda perlu buat? Sekiranya ia tidak menjadi, apakah alternatif yang lain?

Hukum alam mengatakan, apa yang anda beri dan taburkan, ianya akan menjadi hasil. Sekiranya anda merancang untuk taburkan sedikit usaha, maka, sedikitlah pulangan anda. Sekiranya anda merancang untuk menaburkan bergunung-gunung usaha, maka, hebatlah pulangan yang anda akan terima.

Anda tidak boleh melanggar hukum ini. Mereka yang melanggar hukum ini adalah mereka yang sering ditpu dengan skim-skim piramid, skim cepat kaya, SCAM dan pelaburan yang hanya akan meleburkan wang sendiri.

10: Bina gambaran
“A picture paints a thousand words”. Beri gambaran yang jelas di fikiran anda bahawa matlamat anda telah tercapai. Gambarkan diri anda 1 tahun dari sekarang. Atau, 10 tahun dari sekarang.

Dengan berimiginasi gambaran anda berjaya di masa hadapan, ia juga akan membakar semangat anda untuk mencapai gambaran tersebut. Fikiran manusia dipenuhi dengan gambaran-gambaran dan bukannya perkataan. Penuhi fikiran anda dengan gambaran kejayaan anda di masa hadapan.

Berhati-hati, terlalu banyak mimpi di siang hari tanpa usaha dan perancangan, anda tidak jauh berbeza dengan angan-angan Mat Jenin!

11: Janji pada diri sendiri…
Janji pada diri anda sendiri, tidak kira apa rintangan yang akan datang. Tidak kira apa jua kegagalan yang anda hadapi, jangan- JANGAN- JANGAN sekali-kali putus asa! Sekrianya anda terjumpa dengan sahabat karib kejayaan, iaitu kegagalan- usah risau. Kejayaan adalah perintis untuk mencapai apa jua kejayaan- oleh sebab itulah saya gelarkannya sahabat karib.

Amat jarang sekali sesuatu kejayaan di capai tanpa kegagalan. Lagi banyak kegagalan anda temui, ianya bermaksud lagi hampir kejayaan kepada anda. Jangan putus asa oleh kerana kejayaan mungkin sedang menunggu disebalik kegagalan itu.

Berita baiknya adalah, menempuhi kegagalan adalah menambahkan pengalaman sendiri. Lebih banyak kegagalan yang anda jumpai, maka, lebih banyak anda dapat pelajari. Anda akan mempelajari lebih banyak dari sesuatu kegagalan. Sekiranya anda menjumpai kegagalan, ubah cara anda- jangan pula ikut cara yang sama oleh kerana cara yang sama akan membawa kegagalan seterusnya!

Kesimpulan
Kesemua formula kejayaan ini perlu di implementasikan setiap satu. Ini adalah “blue print” orang-orang yang berjaya di dunia. Ia menjadi formula kejayaan saya sendiri sehingga hari ini. Tiap-tiap kali saya mempunyai matlamat baru, saya akan rujuk kembali formula ini untuk memastikan matlamat saya tercapai.

Tidak sampai setahun lalu saya menetapkan matlamat saya, dan kini, dengan mengikuti formula yang diberikan, alhamdulillah saya mencapainya.

Kini, anda juga mempunyai formula kejayaan. Implimentasikannya kepada matlamat anda, dan saya yakin anda juga akan mencapai kejayaan dalam apa jua bidang

Wednesday, December 22, 2010

Menggapai keluarga bahagia yang diredhai…

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga, inginkan kebahagiaan. Malangnya, ramai orang yang gagal mencapai kebahagiaan yang diidamkan. Kadangkala kehidupan mereka disaluti dengan kemewahan, tetapi rumah tangga yang dibina diakhiri dengan penceraian.

Tip di bawah untuk undang keberkatan berusaha dan kebahagiaan dalam rumah tangga..

1.Suami menjadi imam
Suami perlu berusaha sedaya upaya menjadi Imam kepada ahli keluarga. Apabila solat berjemaah didirikan did lama rumah, jiwa akan rasa tenang dan bahagia.
Nabi menceritakan, ketika manusia dibangkitkan kelak, terdapat tiga kumpulan manusia yang wajah mereka bercahaya. Mereka ialah:

•wajah bercahaya seperti bintang- org yang segera mendirikan soalt apabila mendengar laungan azan
•wajah bercahaya seperti bulan- org yang suka mendirikan solat jemaah
•wajah bercahaya seperti matahari- org yang istiqamah mendirikan solat berjemaah.

2.Rumah dihiasi dengan bacaan Al Quran
Pada hari kebangkitan, AL Quran akan memberi syafaat kepada org yang rajin membacanya dan dapat menyelamatkan dari azab kubur.

3.Memberi salam
Anggota rumah memberi salam ketika masuk ke dalam rumah dan keluar rumah.Rasul pernah berkata kepada Anas, “ Wahai Anas, berilah salam kepada ahli keluarga rumahmu, nescaya engkau juga mendapat keberkatan daripada Allah, dan ahli keluargamu mendapat keberkatan dari Allah ”.

4.Selalu makan bersama
Nabi pernah bersabda “ Berkumpullah kamu ketika makan, kerana Allah akan menurunkan keberkatan ke atas kamu seisi keluarga ”.
Ketika makan hendaklah saling tegur-menegur dan berbual satu sama lain. Inilah waktu penting untuk bertanya khabar sekeluarga.

5.Selalu menerima tetamu.
Tetamu yang datang ke rumah akan membawa seribu rahmat dan keberkatan.

6.Membawa masuk rezeki yang halal dan diredhai.
Rasul bersabda “ Setiap darah daging yang tumbuh dari sumber pendapatan yang haram, maka neraka adalah lebih baik bagi org itu ”.

7.Sentiasa menghidupkan sunnah.
ANtara sunnah yang mesti dihidupkan seperti mambaca doa ketika melihat cermin, minum air dengan tangan kanan dan sambil duduk, tidak minum dalam bekas sumbing, membaca Al Fatihah dan 3 Qul sewaktu hendak tidur.

8.Rajin berdoa
Firman ALLAH: “ Dan apabila hambaKU bertanya tentangKU, katakan bahawa Aku dekat. Aku mengabulkan doa org yang berdoa kepadaKU. ”

Antara doa-doa yang baik diamalkan ialah surah ALI IMRAN ayat 31
Surah AL HASYRU ayat 21, surah ASY SYURA ayat 19.

9.Wujudkan majlis ilmu dalam kelurga.
Wujudkan perpustakaan kecil di rumah, bawa anak-anak ke surau dan masjid untuk bersama-sama mengikuti kuliah agama.

Sekiranya kesemua tip ini diamalkan, insyaALLAh kita mendapat rumah tangga yang bahagia dan diredhai..

*** sumber panduan keluarga bahagia dan diredhai terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd…artikel ::bersama Ustazah Siti Norbahyah Mahamood

Saturday, December 18, 2010

Kelebihan Surah As-Sajdah

“Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu katanya : Telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Apabila anak cucu Adam Alaihissalam membaca Surah As Sajdah kemudian mereka sujud kepada Allah, syaitan mengasingkan dirinya dari majlis itu dalam keadaan menangis sambil berkata : Celakalah aku, anak cucu Nabi Adam Alaihissalam di perintah untuk sujud kepada Allah, maka bagi mereka itu balasan syurga sedangkan aku juga disuruh untuk sujud kepada Allah, tetapi aku ingkar, oleh itu untuk-ku api neraka”. (Hadis riwayat Imam Abu Daud)

Giveaway 2010 dari TiniHani.com



Ini kali pertama sweettudung sertai GA,rasa teruja dan berdebar..he..hadiah nyer ..boler tgk kat gambar ..ingat nak bagi t-shirt tu (kalau menang la kan kik kik)kat anak perempuan saya dia minat t-shirt ada gamba picture cute2 ni..namanye deena umo baru nak masuk 6tahun.so apalagi kawan2 semua jom semua pakat2 join giveaway ni..Peraduan berlangsung dari : 14 Disember 2010 – 14 Januari 2011
Keputusan : 20 Januari 2011
Masih ada masa lagi

Thursday, December 16, 2010

Surah Al-Mulk

FADILAT SURAH;

Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah, daripada Rasulullah s.a.w, baginda
bersabda: Sesungguhnya ada satu surah dalam al-Quran yang
mengandungi tiga puluh ayat. Ia dapat memberikan syafaat
kepada pembacanya sehingga diampunkan untuknya. Itulah
surah Tabarakallazi biyadihi al-Mulk.
(Riwayat Imam Ahmad)
SURAH AL-MULK

Maksudnya:
Daripada Ibn Abbas r.a katanya: Sebahagian sahabat Rasulullah
s.a.w memasang khemahnya di atas sebuah kubur tanpa
menyedari tempat itu adalah kubur. Tiba-tiba didapati ia adalah
kubur seorang manusia yang sedang membaca surah al-Mulk
sehingga habis. Lalu sahabat itu datang kepada Rasulullah s.a.w
seraya berkata: Wahai Rasulullah, saya telah memasang khemah
di atas sebuah kubur, tanpa menyedari ia adalah kubur. Tibatiba
(terdengar suara) seorang yang sedang membaca surah al-
Mulk iaitu: Tabarak sehingga dikhatamkannya. Lalu Rasulullah
s.a.w bersabda: Ia (surah tabarak) adalah penghalang, ia adalah
penyelamat yang menyelamatkannya daripada azab kubur.
(Riwayat al-Tirmidzi)

Maksudnya:
Daripada Jabir r.a bahawa Rasulullah s.a.w tidak tidur
FADILAT SURAH
melainkan setelah baginda membaca alif lam mim tanzil (surah
al-Sajdah) dan surah tabarakallazi biyadihi al-Mulk (surah al-Mulk).
(Riwayat al-Tirmidzi)

Al-Laith melaporkan daripada Tawus yang
mengatakan bahawa kedua-dua surah ini melebihi
surah-surah lain dalam al-Quran dengan tujuh puluh
kebajikan.

Al-Tabarani meriwayatkan sebuah hadith bersumber
daripada Ibn Abbas, katanya:
Maksudnya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Aku suka jika ia berada dalam hati
setiap orang dari kalangan umatku, yakni surah tabarakallazi
biyadihi al-mulk.
(Riwayat al-Tabarani)

Hadith di atas turut diriwayatkan oleh Abd bin
Humaid dalam Musnadnya dengan lebih panjang lebar
iaitu:
SURAH AL-MULK
Maksudnya:
Daripada Ibn Abbas, beliau berkata kepada seorang lelaki:
Mahukah aku hadiahkan kamu dengan sebuah hadith yang akan
menggembirakan kamu? Lelaki itu menjawab: Bahkan. Katanya:
Bacalah surah Tabarakallazi biyadihi al-mulk, dan ajarkanlah
kepada keluargamu serta semua anak pinakmu, kanak-kanak
di dalam rumahmu, serta jiran tetanggamu. Kerana surah ini
adalah penyelamat dan juru bicara yang akan berhujah bagi
pihak pembacanya pada hari kiamat di sisi Tuhannya. Ia (surah
ini) akan meminta kepada Allah supaya mneyelamatkan
pembacanya daripada azab neraka, dan menyelamatkannya
daripada azab kubur. Rasulullah s.a.w bersabda: Aku suka surah
ini berada dalam hati setiap orang dari kalangan umatku.

Saturday, December 11, 2010

Tip atasi masalah kewangan suami isteri

Berdasarkan perkataan DUIT.

D-bermaksud doa iaitu sentiasa berdoa dengan mengamalkan sembahyang sunat dhuha dua rakaat setiap hari dan membaca surah Al-Waqiah tiap-tiap malam.

U-bermaksud usaha yang berterusan tanpa jemu dan putus asa. Usaha yang berterusan juga beerti istiqamah di dalam pekerjaan.

I-bermaksud ikhtiar dengan berbagai-bagai cara. Antaranya, meminta nasihat daripada pakar perunding kewangan yang berpengalaman serta bergaul dengan orang yang telah berjaya.

T-bermaksud tawakkal setelah berusaha berikhtiar dan berdoa hendaklah disertai dengan sifat tawakkal iaitu menyerah diri kepada Allah yang Maha Berkuasa yang menentukan segala-galanya. Kita hanya boleh berdoa , berikhtiar dan berusaha tetapi yang menentukan kejayaannya ialah Allah s.w.t. Tuhan yang Maha Pemurah.

Sumber: Ustazah Dato' Siti Nor Bahiyah Mahamood-majalah harmoni

p/s: Hidup ini mmg penuh dgn dugaan..ada macam-macam masalah yang akan kita hadapi , salah satu daripadanya masalah kewangan ni lah. Tapi bak kata ustazah bahiyah kita jgn berputus asa, berdoa dan terus berdoa dan disamping tu jgn lak lepas doa dok diam jer tak berusaha langsung. Kena usaha dan terus usaha sampai kita berjaya.Buat kawan-kawan semua semoga kita tabah mengharungi hidup di dunia ini.Adios.

Thursday, December 9, 2010

Kata-Kata Yang Baik

Perkataan yang baik bukan sekadar kata-kata molek yang keluar dari mulut seseorang. Tetapi ia juga merangkumi bentuk sedekah yang bermanfaat, yang boleh digunakan untuk kesejahteraan hidup bermasyarakat dan kebahagiaan abadi. Dalam hal ini Rasullullah bersabda yang bermaksud: " Dan ucapan yang mulia itu adalah sedekah."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

p/s: mulai hari ni , cuba untuk berkata-kata yang baik-baik jer..

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah 1432H

Sweettudung ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 1432H ..apa agaknya azam kita tahun ni..mesti nak jadi yang lebih baik dari tahun2 lepas.., moga bertambah berjaya..dan bertambah-tambah rezeki..amin. Kepada Pengunjung 2 yang sudi singgah blog Sweettudung, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih...seronok terima kunjungan kawan2 semua, dapat memeriahkan lagi blog ini.

All the best
Sweettudung.

Mohon Rezeki Tidak Disangka-sangka

Amalkan membaca ayat 1000 dinar (Surah At-Talaq: 2-3) setiap pagi dan petang dengan bilangan ganjil..cth 3 kali, 5 kali..



Ertinya:Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Saturday, December 4, 2010

Doa jika diri buntu

Jika kita berada dalam keadaan buntu dan sukar mencari jalan keluar atau penyelesaian, mengadulah kepada Allah kerana Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.

"Ya Allah aku mengakui kepada-Mu,lemahnya kekuatan diriku,sangat terbatasnya kecerdasanku dan kehinaan diriku atas manusia, dengan rahmat Engkau Ya Allah Tuhan Pemelihara sekalian alam.

Engkaulah Tuhan Pemelihara sekalian orang-orang daif.Engkaulah Tuhanku, kepada siapakah Engkau menyerahkan aku, kepada orang asing yang mengusir aku atau kepada musuh yang menguasai urusanku? TEtapi meskipun demikian aku redha asal saja Engkau tidak memurkai aku. Kemaafan-Mu lebih besar, dari dosaku, aku meminta dengan Nur Zatmu yang menerangi semua kegelapan, dan dengannya menjadi baik urusan dunia dan akhirat, semoga aku tidak tertimpa Kemurkaan-Mu dan Azab-Mu. Pada-Mu sumber keredaan , sehingga Engkau redai aku. Tidak ada daya dan kekuatan selain dengan kekuasaan Engkau."

Tip Menyayangi Pasangan Anda

*Sayangi Pasangan anda seadanya. -p/s jn nak ubah apa2 tentang dia.Sememangnya dia seorang yg cukup istimewa dan biarkan ianya kekal begitu.

*Sayangi dia sepenuh hati.

*Hormati pendirian dan keputusan dia.

*Percaya akan dirinya.

Tuesday, November 30, 2010

Beramal

Jadilah seorang yang sentiasa bersikap adil, rendah hati, pasrah pada ketentuan Allah s.w.t dan mengasihi sesama makhluk. Selain itu, tunaikanlah ibadah wajib dan perbanyakkanlah bekal dengan mengerjakan ibadah-ibadah sunat nescaya engkau akan mendapat kemenangan.

Sunday, November 28, 2010

Cuti -Cuti M'sia

Jom pegi cuti-cuti m'sia...pemandangan pantai Teluk Cempedak..cantikkan. Apa lagi bole ler pegi masa cuti sekolah ni. Baru pegi minggu lepas bawak anak-anak bercuti....















Tak mandi pantai pun...ombak cam kuat..takut la pulok...cuma g mandi kolam nih...



Apa nikmat yang kurang kita sedari...

Wanita yang cantik lagi takwa, rumah yang luas, rezeki yang cukup, dan tetangga yang soleh adalah kenikmatan yang kurang disedari oleh kebanyakan manusia.

Friday, November 26, 2010

Hadis-Renungan bersama

Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:"jika seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadan, mentaati suaminya dan menjaga kehormatannya, maka dikatakan kepadanya, masuklah ke dalam syurga melalui pintu mana saja yang kamu kehendaki." -Hadis Riwayat Ahmad dan Tabarani

Mari membaca Al-Quran

Al-Quran merupakan harta peninggalan yang paling berharga bg umat Islam.Ianya diturunkan untuk dijadikan sebagai panduan dan petunjuk bagi semua umat dan menjadi penawar bagi penyakit batin seperti gelisah putus harapan.Membaca dan menghayati Al-Quran amat dituntut kerna di dalam Al-Quran mengandungi pelbagai nasihat dan panduan bagi memandu manusia ke arah yang diredai.

p/s: harap2 sgt tetiap hari baca even sikit, supaya hati sentiasa tenang...

Wednesday, November 24, 2010

Sentiasa Mengingati Allah

Ingatilah Allah setiap masa, pada waktu susah dan senang, kerana ia adalah sumber ketenangan.Mengingati Allah, boleh dilakukan dalam banyak cara antaranya dengan berzikir, berwirid, bertasbih, bertahmid dan melafazkan asmaul husna setiap hari.

Monday, November 22, 2010

Amalan Membaca Surah Al-Waqiah

Amalan membaca Surah Al-Waqiah untuk memohon rezeki yang banyak atau kekayaan daripada Allah S.W.T itu memang telah diketahui umum semenjak dahulu lagi.Ramai umat Islam yang mengamalkannya malah sesetengahnya menjadikan ia sebagai wirid setiap hari.

Sesiapa yang membaca Surah Al Waqiah sebanyak 40 kali selama 40 hari Insyaallah akan dikurniakan kelapangan rezeki tanpa terlalu menempuh kesulitan.

Dipetik dari buku Doa Pelindung & Penawar Angin Ahmar karangan Haji Johari B. Haji Alias.

p/s: jom kengkawan..mari kita sama-sama baca..moga kita semua dimurahkan rezeki.Surah ni ada 96 ayat..dan kalau baca tak lama sgt..sekejap jer rasanya tak sampai 1/2 jam.

Bangun Pagi

Latihlah dirimu untuk selalu bangun pagi kerana hal itu membawa keberkatan. Pada saat itu, lakukanlah kegiatan-kegiatan yang positif seperti berzikir, membaca, menghafal, dan menelaah Al-Quran atau buku-buku, mengarang atau berjalan-jalan santai ke luar rumah.

p/s: peringatan buat diri sendiri gak nih..

Thursday, November 18, 2010

Bahagia

Jangan bayangkan kebahagian yang lebih besar daripada apa yang anda rasakan saat ini, supaya anda tidak kehilangan apa yang anda miliki saat ini. Dan jangan tunggu -tunggu musibah yang akan datang, kerana jika demikian bererti anda ingin mempercepat datangnya kesusahan dan kesedihan.

p/s: betul3x... kita selalu lupa dan tak hargai apa yg kita ada ..tp bila bende tu dah takder ..baru teringat2...hmmm..

Monday, November 15, 2010

Berdoalah selalu

Doa adalah senjata mukmin.Doa adalah perisai untuk menghadapi segala ujian ,musibah, kesedihan atau kekecewaan.

"Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan KUperkenankan bagimu'-"Surah al-mukminun:60

Sunday, November 14, 2010

10 Panduan Jadikan Wanita Berjaya

Suka baca artikel dari http://www.sweetbajukurungcollection.blogspot.com/. Tip berikut mungkin akan membantu anda menjadi wanita berjaya. Marilah sama-sama kita renungi....

1- Buang Jauh Fikiran Negatif.
Berfikiran negatif tidak akan membawa anda ke mana-mana.ia ibarat racun perosak kejayaan anda.kenalpasti fikiran2 negatif,buangkan jauh2 lawan dan kalahkan ia.bayangkan kejayaan yang bakal di raih.

2- Tangani Ketakutan
Takut dan bimbang acap kali merencapkan langkah untuk berjaya.Tanggani dengan baik, usah biarkan ia menguasai diri dan minda anda.Sebaliknya yakinlah bahawa anda mampu melakukan yang terbaik dan mencuba bersungguh2.

3- Tekun dan jujur
Tekun dan ikhlas menjalankan tugas adalah kunci utama kejayaan,ini bermakna setiap tugas yang di lakukan hendaklah di buat dengan penuh keikhlasan & berkualiti tanpa merungut.kebanyakkan wanita yang berjaya biasanya adalah dari kalangan mereka yg gigih & mempunyai daya tekun yg tinggi.

4- Inspirasi & Motivasi
Inspirasi membentuk motivasi. ia akan mempengaruhi hala tuju kejayaan anda.Utk berjaya cuba dptkan idola daripada ikon dalam bidang yg sama.jadikan ia sbg "role Model" anda.

5- Kuasai Ilmu & Kemahiran
Tidak kisah apapun bidang yg di ceburi,penguasaan ilmu dan kemahiran amat penting untuk anda meraih kejayaan.Usah segan silu utk menerokanya w'pun terpaksa meminta bantuan daripada orang bawahan anda.Timbalah lebih byk ilmu dan kemahiran.Jadi bersedia utk menghadapi peredaran waktu dan menerokai sesuatu yg baru.

6- Cekal Hati,Kuatkan semangat
Tidak mudah untuk menjadi orang yg berjaya kerana halangan yg bakal di terima bukanlah sedikit.Cubalah bersikap tabah dan kuatkan semangat agar tidak terpengaruh mahupun terduduk dgn setiap kekalahan.Latihlah diri agar sentiasa bersikap rasional dalam apa jua situasi.

7- Usah Berlengah
Usahlah sesekali berlengah dalam setiap tindakan dan perancangan.Ingatlah setiap detik amatlah berharga dan bermakna.Usahlah menjadikan emosi anda sebagai punca membazir waktu.

8- Rancang & Jadualkan
Perancangan yg rapi cukup penting kerana ia menentukan sejauh mana kelancaran tugasan anda.Selesai merancang ,buatlah jadual dan senaraikan tugas mengikut tuntutan keperluan serta kepentingan .Jadilah seorang individu yg berdisiplin dgn melaksanakan tugas berdasarkan jadual tersebut.

9- Muhasabah Diri
Bukan mudah utk menilai diri, lebih2 lagi kalau di lakukan oleh individu lain. Namun cuba bersikap rasional, tenang dan kuat.Anggaplan ia sbg suntikan semangat utk berjaya.Kenal pasti kelemahan dan kekuatan diri.cuba perbetulkan kelemahan dan kesilapan.

10- Katakan TIDAK pada Kegagalan
Walauapapun yg terjadi , janganlah berputus asa,jgn pula mudah mengalah.lebih2 lagi kalau anda belum mencuba.Meskipun anda pernah mengalami kegagalan namun tidak bermakna kerjaya anda telah berakhir.Sebaliknya jadikan kegagalan sebagai permulaan utk mengecap kejayaan

Hadis Riwayat at-Tirmidzi

"Sesiapa di antara kamu yang berasa aman dirinya, sihat tubuhnya dan cukup persediaan makanan rutinnya pada hari tersebut, seakan-akan dia telah diberi semua kenikmatan dunia"

Friday, November 12, 2010

Bersederhana dalam hidup

Rezeki yang diperolehi sebenarnya sudah mencukupi untuk kehidupan jika manusia itu tahu untuk bersyukur.

Beramal Ibadah

Beramal Ibadahlah sesuai dengan anjuran Islam seperti yang di amalkan oleh Rasullullah SAW.Mukmin sejati akan mengisi ruang masanya dengan berbagai amalan yang dapat mendekatkan diri dengan Allah SWT.Bibirnya sentiasa basah dalam berzikir, membesarkan dan mengagungkan yang Maha Pencipta.Kemudian sentiasa berdoa dalam mengharapkan keredhaaanNya.......

3 perkara membahagiakan

al-sakinah(ketenangan)
al-mawaddah(kemesraan)
al-tarahum(timbang rasa)

Sebuah rumahtangga yang berjaya didirikan atas 3 struktur ini merupakan keluarga yang paling bahagia, malahan inilah keluarga yang mampu mengatasi segala cabaran hidup.

Harta benda dan kemewahan hidup tidak menjamin kebahagiaan yang dicari....

Thursday, November 11, 2010

Doa dan Zikir

Alangkah lebih baik jika kita mampu mengisi dari setiap denyutan jantung kita dengan berzikir dan berdoa kepada Allah. Kemudian menghayatinya sebagai sesuatu amalan yang tidak mungkin terpisah dari kehidupan kita.Kerana insan yang beriman, dikala pagi ia bertasbih dan berdoa , dikala petang ie tetap dengan kerendahan jiwanya dengan berzikir kepadaNya. Dikala malam hari ia semakin menundukkan diri kepada Pencipta Yang Agung.

Monday, October 25, 2010

Salam Mesra

Tq kawan2 kerana sudi berkunjung ke blog saya....sambil tu boler ler cuci2 mata tgk tudung

Saturday, August 14, 2010

Hari Raya Sale..Hari rAYA sALE

Kepada pengunjung-pengunjung blog sweettudung...Terima Kasih kerana sudi singgah ke blog ku yang tak seberapa ini.Sempena Hari Raya yang bakal tiba tak lama lagik ,Sweettudung mengambil peluang ini untuk mengadakan Hari Raya Sale.Semua tudung dah include postage...so jimat kengkawan..apa lagi jom rembat 1....
Tudung siap dihiasi swarovski lagik...berkilat..mmg cantik dan cun dipakai di hari raya.

Wednesday, July 21, 2010

KHAS KPD BLOGGER2 YG ADE BLOGSHOP!!!!!!!!!

JOM KITA BERKUMPUL KT SINI

BLOGPENIAGAONLINE
(baru je dibuka!!!)

YG BELUM MENDAFTAR, DAFTAR SEKARANG K..=)

Promosi Pembukaan Kedai Baru

Terima Kasih kerana sudi singgah blog Sweet Tudung....Sempena Pembukaan Kedai Baru...Kami menawarkan mystery gift untuk pembelian tudung di sini. Di samping itu, sesiapa yang berminat menjadi follower..bole dapat lagik some discount.

Thursday, July 15, 2010

TUDUNG LYCRA PLAIN DIAMOND BATU LIMA

hArI RaYA SaLes

BL1-Rm35 (include postage)Saiz L-ukuran dari dagu 47cm





















BL2-RM35(include postage)Saiz L-ukuran dari dagu 47cm




















BL3-SOLD






















BL4-RM 35 (include postage)Saiz L-ukuran dari dagu 47cm

Wednesday, July 14, 2010

TUDUNG LYCRA PLAIN DIAMOND

hArI rAyA sALes

BT1
-RM 27 (include postage)Saiz L ukuran dari dagu 47cm





















BT2-RM27 (include postage)Saiz M Ukuran dari dagu 44cm




















BT3-RM27(include postage)Saiz L ukuran dari dagu 47cm





















BT4-SOLD





















BT5-RM27(include postage)Saiz L ukuran dari dagu 47cm

Self Check List 4Me and U

Suka sgt baca posting dr ayu safieza....blog http://kitchencolours.blogspot.com/ tentang self check list..peringatan untuk diri sendiri..hope ayu tak kisah....saya letak kat sini..

Self Check List

4Me and U

  • ~ Menutup aurat sepenuhnya
  • ~ Berisgtifar apabila buat benda laqa'
  • ~ Bersyukur dengan ucapan alhamdulillah
  • ~ Membaca al-Mulk dan witir sebelum lena
  • ~ Mendoakan orang lain
  • ~ Memaafkan kesalahan orang lain
  • ~ Membaca Al Matsurat selepas subuh dan asar
  • ~ Membaca dan menghayati al-Quran setiap hari
  • ~ Taat pada suami & ibu bapa
  • ~ Bersabar mendidik anak
  • ~ Mengingati mati sekerap mungkin
  • ~ Merasa diri hina dan buruk dihadapanNYA
  • ~ Berfikir tentang kekuasaan Allah
  • ~ Bangun qiam at least seminggu sekali
  • ~ Berpuasa 8 kali sebulan
  • ~ Solat 5 waktu di awal masa
  • ~Berfikiran positif dan gembirakan diri dan orang lain
  • ~Berbaik sangka, jauhi berduka & akui kelemahan diri
  • ~Berusaha memperbaiki diri
  • ~Jaga makan, minum dan lakukan senaman
  • ~Jaga mata, lidah dan hati
  • ~Jaga pergaulan