Sunday, September 11, 2011

10 Tips Perkara Yang Tidak Disukai Suami

Apa kabar kawan2 semua..harap2 semuanya sihat dan gembira selalu disamping keluarga. Ok hari ni saya nak share lagi satu artikel yang saya rasa penting untuk para-para isteri ..saya pun dah tak ingat mana sumbernya sebab dah lama saya simpan dan sekarang saya rasa nak berkongsi dgn kawan semua betapa penting kita mengetahui perkara-perkara yang tidak disukai suami agar rumahtangga kita sentiasa aman damai.


Berikut adalah perkara-perkara yang tidak disukai oleh suami:-
1. Apabila suami melihat keadaan isterinya yang tidak kemas, serta comot. (Walaupun tak cantik macam model..tapi usahakan juger asal sedap mata memandang, produk kecantikan pun byk skrg ni..leh cuba..agar kulit glowing selalu)
er kot..
2. Takkala suami pulang dari pejabat keadaan dalam rumah itu sendiri bersepah, tidak kemas, teratur. Segala kelengkapan suami seperti stoking, seluar tidak diletakkan ketempat asalnya.(Selalu bila husband nak balik dr kerje..mula ler cepat2 mengemas..kik..kik..ngelat di waktu dia takder kat umah..akan cuba..sentiasa kemas ajer rumah..tapi bila ada anak2 kat umah ..faham2 je la..mainan segala berterabur kat lantai tp bila dekat abah nak balik....cam lipas kudung...saya jer kot ...org lain saya rasa rajin dr saya.Berazam nak improve diri seniri.

3. Tiada insan yang sudi menyambut suami takala ia pulang dari tempat kerja dengan dihidangkan segelas air kegemarannya. Disamping membawa barang-barang yang dipegang oleh suami seperti beg, kunci kereta dan sebagainya.

4. Isteri masih belum pulang dari rumah/lewat, sedangkan suami sudah berada di rumah.

5. Isteri tidak pernah mengeluarkan atau mengucapkan perkataan ‘sayang’ memuji suami seperti ‘cantiklah abang pakai baju ni’.’pandailah abang pilih kain ni’.

6. Mengelakkan diri dari berleter berlebihan kerana kebanyakan suami tidak suka melihat isterinya berkeadaan sebegitu lebih-lebih lagi suami yang baru pulang dari kerja. Sebaiknya lemparkanlah sebaris senyuman sambil menghidangkan makanan yang istimewa buatnya.

7. Isteri tidak berusaha malah jarang sekali menyentuh tangan suaminya apatahlagi memegang dan mengurut suami sedangkan sentuhan akan menyemarakkan lagi hubungan suami dan isteri.

8. Elakkan diri dari menceritakan keburukan suami kepada orang lain, jiran, kawan-kawan mahupun ahli keluarganya yang lain. Ini kerana segala hal dalam rumahtangga anda adalah hak peribadi anda dan suami sahaja.

9. Elakkan memarahi anak-anak depan suami lebih-lebih lagi pada anak yang suami sayang. Jika perlu tergurlah dengan nada perlahan dan baik.

10. Rajinlah masak untuk suami walau sesibuk manapun kerana kebanyakan suami sukakan air tangan isterinya. (Walaupun tak ler terror sgt masak...saya akan cuba masak yg simple..sejak berblog ni ..saya suka rujuk blog masakan cam mat gebu, ummizaihadi...macam2 lagi..tq berbanyak kepada diorang yg rajin mengupdate blog masakan )

No comments:

Post a Comment

Cotton House Malaysia

Self Check List 4Me and U

Suka sgt baca posting dr ayu safieza....blog http://kitchencolours.blogspot.com/ tentang self check list..peringatan untuk diri sendiri..hope ayu tak kisah....saya letak kat sini..

Self Check List

4Me and U

  • ~ Menutup aurat sepenuhnya
  • ~ Berisgtifar apabila buat benda laqa'
  • ~ Bersyukur dengan ucapan alhamdulillah
  • ~ Membaca al-Mulk dan witir sebelum lena
  • ~ Mendoakan orang lain
  • ~ Memaafkan kesalahan orang lain
  • ~ Membaca Al Matsurat selepas subuh dan asar
  • ~ Membaca dan menghayati al-Quran setiap hari
  • ~ Taat pada suami & ibu bapa
  • ~ Bersabar mendidik anak
  • ~ Mengingati mati sekerap mungkin
  • ~ Merasa diri hina dan buruk dihadapanNYA
  • ~ Berfikir tentang kekuasaan Allah
  • ~ Bangun qiam at least seminggu sekali
  • ~ Berpuasa 8 kali sebulan
  • ~ Solat 5 waktu di awal masa
  • ~Berfikiran positif dan gembirakan diri dan orang lain
  • ~Berbaik sangka, jauhi berduka & akui kelemahan diri
  • ~Berusaha memperbaiki diri
  • ~Jaga makan, minum dan lakukan senaman
  • ~Jaga mata, lidah dan hati
  • ~Jaga pergaulan


new