Tuesday, September 6, 2011

Anak Amanah Allah

Anak, kurniaan & amanah yang tiada nilai. Ramai pasangan yang tiada zuriat berusaha mendapatkan manakala yang sedia ada, tiada segan silu mengabaikan mereka. Ada sesetengah pasangan yang ambil ringan tentang tanggungjawab dalam mendidik anak-anak. Bagi mereka, cukup dengan beri makan, hantar ke sekolah dan seterusnya membesarkan mereka. Setakat itu saja tidak mencukupi. Anak-anak perlukan bimbingan, belaian, kemesraan, kasih sayang dan ikhsan dari ibu ayah. Jika mereka setakat ditabur dengan kemewahan tapi rohaninya kosong dan jiwanya sepi, ke manakah arah anak-anak ini? Ibu ayah sentiasa sibuk dengan tugas sehingga terlupa akan 'persahabatan' mereka dengan anak-anak. Ini akan membuat anak-anak itu 'sendirian' meniti hari-hari yang mereka lalui. Tidak kurang juga ibu ayah yang garang dan panas baran. Pada mereka, dengan menonjolkan sikap sebegini, anak-anak akan takut dan berlaku baik budi pekertinya. Pukul bantai dan mencederakan mereka akan membuat jiwa mereka lebih memberontak. Pengniayaan sebegini tidak seharus dipikul sang anak. Sedangkan haiwan sayang pada anaknya, inikan kita insan yang dhaif. Mereka akan membesar dengan jiwa pendendam dan kasar perilakunya. Namun begitu, terpulang pada firasat masing-masing bagaimana hendak memikul amanah ini. Dari tapak kaki berukuran 2 jari, kita telah memikul satu amanah demi mencorak masa depan mereka. Apapun yang akan atau cuba kita usahakan, bersyukurlah kehadrat Ilahi dan jangan bersikap suka membandingkan anak. Setiap anak mempunyai kebolehan yang mungkin tidak kita nampak pada saat dia kecil tapi akan lebih terserlah pabila dia membesar. Berilah peransang pada apa yang diminati dan jangan memaksa mereka buat sesuatu hanya kerana kita suka. Jika hendak menegur, sapalah dengan rasa ikhsan dan bukan dengan paksaan. Mereka juga punya hati dan perasaan. Pernah seorang tua berkata pada saya, "Jika kau kasar pada mereka, maka ganaslah mereka DAN jika kau lembut pada mereka, maka penyayanglah anak itu". Dari itu, sayangilah, bimbingilah serta kasihilah anak-anak kita kerana kita menjadi cermin mereka. Jika amanah ini tidak kita laksanakan dengan sempurna, maka diakhirat akan dituntut.

No comments:

Post a Comment

Cotton House Malaysia

Self Check List 4Me and U

Suka sgt baca posting dr ayu safieza....blog http://kitchencolours.blogspot.com/ tentang self check list..peringatan untuk diri sendiri..hope ayu tak kisah....saya letak kat sini..

Self Check List

4Me and U

  • ~ Menutup aurat sepenuhnya
  • ~ Berisgtifar apabila buat benda laqa'
  • ~ Bersyukur dengan ucapan alhamdulillah
  • ~ Membaca al-Mulk dan witir sebelum lena
  • ~ Mendoakan orang lain
  • ~ Memaafkan kesalahan orang lain
  • ~ Membaca Al Matsurat selepas subuh dan asar
  • ~ Membaca dan menghayati al-Quran setiap hari
  • ~ Taat pada suami & ibu bapa
  • ~ Bersabar mendidik anak
  • ~ Mengingati mati sekerap mungkin
  • ~ Merasa diri hina dan buruk dihadapanNYA
  • ~ Berfikir tentang kekuasaan Allah
  • ~ Bangun qiam at least seminggu sekali
  • ~ Berpuasa 8 kali sebulan
  • ~ Solat 5 waktu di awal masa
  • ~Berfikiran positif dan gembirakan diri dan orang lain
  • ~Berbaik sangka, jauhi berduka & akui kelemahan diri
  • ~Berusaha memperbaiki diri
  • ~Jaga makan, minum dan lakukan senaman
  • ~Jaga mata, lidah dan hati
  • ~Jaga pergaulan


new