Friday, September 9, 2011

Open House Raya Aidilfitri

Mesti hujung minggu ni...eh esok ler tu..ramai dapat jemputan ke rumah terbuka atau open house. Biasa la di bandar selagi tak habis bulan syawal selagi tu lar kita beraya. Esok sweettudung ada gak dapat jemputan open house rasa cam nak g ...takut tuan umah kecik hati pulak kalau tak datang. Ok semua mesti maklum..bila ada open house ni berbagai juadah raya disediakan..semua nya sedap2 belaka tapi sweettudung berharap semua berpada-pada bila makan. Yang paling penting kesihatan kiter. OK itu ajer untuk malam ni..mata dah agak berat, mengantuk lerr tu. saper 2 raser nak order cocoa collagen or nutrizyme ke...sms saya.

Sungguh Tak Sangka...Surprise

Di sini saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada Nuffnang dan TGV sebab bagi tiket free untuk saya menonton apa saja filem terkini..sungguh memang tak sangka....tq tq...Walaupun blog saya ni tak secanggih org lain dan org lain juger sudah lama berblog dan tahu selok belok berblog..bagi saya ..saya masih baru dan perlu lebih banyak belajar.

Ok ...saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pengunjung blog saya yang tak seberapa ini....di samping tu saya ada juger post beberapa produk lain .yang memberi kebaikan terutamanya kepada kesihatan kita...jika anda semua berminat..boler sms saya bila2 masa sahaja..ok bye...




NUTRIZYME


Hari ni saya nak perkenalkan satu produk dari Nutrimetics..Nutrizyme...Ianya sesuai untuk membantu kesihatan anda semua..ok jom baca...berminat nak order boler sms saya





Campuran enzim hidup dengan buah-buahan tropika.


Apakah itu ENZIM
· Enzim amat penting untuk tujuan metabolisma dan menjalankan proses sel-sel badan yang normal.
· Enzim diperlukan dalam kuantiti yang mencukupi untuk mengekalkan kesihatan dan kualiti hidup.
· Tanpa kehadiran enzim, sel-sel badan tidak boleh berfungsi.
· Enzim digelar sebagai ‘injap kehidupan’ yang memulakan segala kehidupan sel-sel.
· Terdapat lebih daripada 1000 enzim dalam badan yang menjalankan lebih daripada 4000 proses metabolisma untuk kesejahteraan badan.
· Sayur-sayuran serta buah-buahan mengandungi kebanyakan enzim-enzim utama yang penting untuk kesihatan badan.
Mengapa Kita Memerlukan Enzim?
Manusia tidak boleh membuat dan menghasilkan enzim-enzim yang tertentu untuk mencernakan makanan tertentu, contohnya enzim cellulose (yang hadir bersama serat) dan lactase (kekurangan enzim ini akan menyebabkan senak perut).
Dengan mengambil enzim-enzim, ia akan meningkatkan kadar pencernaan serta penyerapan nutrien daripada makanan.


Beberapa fakta yang harus diketahui:-
1. Proses penuaan semulajadi akan mengurangkan penghasilan serta keberkesanan aktiviti-aktiviti enzim untuk pencernaan.
2. Perubahan dalam gaya hidup serta pengambilan makanan yang tidak sihat akan memerlukan lebih banyak enzim untuk tujuan pencernaan makanan yang susah dihadam.
3. Orang yang mempunyai penyakit–penyakit tertentu memerlukan enzim-enzim secara terapeutik untuk membunuh patogen dan bakteria.
4. Pemulihan serta penyelenggaraan sel-sel memerlukan enzim yang mencukupi.

NUTRIZYME Bukan Sekadar Enzim Yang Biasa

Enzim amat sensitif terhadap cahaya, haba, oksigen dan pH.
Enzim juga direka spesifik untuk bertindak atas substratnya (makanan atau molekul tertentu). Enzim tertentu cuma bertindak terhadap molekul atau makanan yang sesuai dengan struktur enzim itu sahaja, seperti hubungan mangga dengan kunci.
Contohnya amylase cuma bertindak pada makanan berkanji serta karbohidrat.
Oleh itu untuk memastikan enzim-enzim yang diekstrak dapat berfungsi seperti sediakala kita perlu mengekalkan proses pengekstrakkan supaya dapat memelihara fungsi asal enzim apabila dimakan dalam badan.
Nutrizyme menggunakan proses ‘Enzim Hidup’ yang direka oleh pakar-pakar dari Jepun untuk memastikan kualiti dan keberkesanan enzim-enzim dapat dikekalkan.



Proses Enzim Hidup Berpaten
Proses Penghasilan ‘Enzim Hidup’ dari Jepun Yang Meraih Anugerah
Pemecahan dan pemprosesan buah-buahan & sayur-sayuran è Pensterilan menggunakan Penapis Nano è Fermentasi + Pemecahan & Pencernaan Biologikal menggunakan 2 strain mikroorganisma è Pemprosesan menggunakan suhu rendah dan rotasi per minit è ‘Enzim-enzim Hidup (nutrizyme)



6 Fungsi Utama ‘Enzim Hidup’


1. Mengawalatur Keadaan Dalaman Sel-sel
· Mengekalkan kealkalian darah
· Menyahtoksin
· Mengekalkan keseimbangan mikrobial dalam usus
· Menguatkan sel-sel
· Memperbaiki sistem penghadaman
· Menguatkan keimunan terhadap penyakit dan patogen merbahaya.

2. Anti Keradangan
· Keradangan dan alahan merujuk kepada kerosakan yang dilakukan terhadap dinding membran sel dan kemudiannya menampung pembiakan bakteria yang merbahaya.
· Enzim-enzim merangsang penghasilan sel-sel darah putih untuk melawan aktiviti ini, supaya lebam dan luka akan pulih sediakala.

3. Anti-bakteria dan Aktiviti ‘Fagositik’
· Enzim-enzim merangsang aktiviti sel darah putih untuk melawan kuman
· Memulihkan sel-sel yang rosak

4. Pemecahan dan Pencernaan Nutrien
· Enzim-enzim bertindak untuk memecahkan serta mencernakan toksin-toksin dan bahan residu yang tidak dikehendaki daripada badan melalui sistem peredaran darah.
· Ia memperbaiki pencernaan, dengan itu nutrien dapat diserap ke dalam badan.

5. Pembersihan Darah
· Enzim mencernakan serta membuang bahan-bahan buangan sel keluar daripada sistem peredaran.
· Enzim dapat memecahkan kolesterol, mengekalkan pH darah dan peredaran darah.

6. Meningkatkan Riwayat Hidup Sel-sel
· Enzim menguatkan kadar metabolisma sel-sel, dengan itu memulihkan sel-sel.

Bagaimana Nutrizyme Dapat Membantu Kesihatan Anda


Pengambilan Nutrizyme merupakan cara yang paling mudah untuk memperbaiki kualiti hidup anda. Ia diperbuat daripada 4 ramuan utama (Buah Passion, Nenas, Oren dan Kaktus), serat tumbuhan, serat larut air, insulin, bifidobacterium, fructo-oligosaccharide,10 jenis enzim-enzim hidup dan vitamin C.
Buah Passion
· Buah passion kaya dengan Vitamin A, vitamin C, potassium dan serat dietari.
· Para penyelidik dari University of Florida mendapati bahawa buah passion dapat membunuh sel-sel kanser secara invitro. Kehadiran fitokimia tumbuhan seperti karotenoid dan polifenol yang memainkan peranan anti-kanser tersebut.
· Kandungan sterol pula menolong merendahkan tahap kolesterol yang buruk.
· Kaya dengan antioksidan.
Nenas
· Mengandungi hampir kesemua spectrum vitamin dan mineral spt manganese yang penting untuk membina otot, tulang serta tisu penyambung.
· Nenas juga mengandungi enzim bromelain yang bertanggungjawab mencernakan protein yang bermolekul besar.
Oren
· Ekstrak oren digunakan secara meluas untuk mengubati penyakit seperti sakit vena yang kronik, buasir, lebam, hidung berdarah dan lymphedema (pembengkakan pada tangan).
· Peranan ini dimainkan oleh kandungan bioflavonoid dan vitamin C yang hadir semulajadi dalam buah sitrus seperti oren
Kaktus
· Mengandungi kuantiti Vitamin A, B Kompleks, C, E, beta karoten, indicaxanthin dan zat besi yang banyak.
· Lebih dikenali sebagai antara makanan yang paling lengkap di dunia.
· Pigmen betalain yang merupakan antioksidan amat cekap untuk menghambat radikal bebas.
· Pengambilan buah kaktus sebagai makanan suplemen tambahan selama 2 minggu dapat memperbaiki tekanan oksidatif dalam individu normal.


Kebaikan Mengambil Nutrizyme


1. Mengurangkan masalah penghadaman seperti pembentukan gas, senak perut dan asid refluks.
2. Mengurangkan keletihan serta meningkatkan tahap tenaga.
3. Meningkatkan kapasiti pengangkutan oksigen
4. Menguatkan sistem keimunan
5. Regenerasi sel-sel dan tisu-tisu tubuh
6. Mengatasi masalah penghadaman dan ketidakselesaan
7. Menyokong pembiakan bakteria yang berguna dalam usus
8. Anti-mikrob dan anti keradangan
9. Menguraikan serta mencernakan protein bermolekul besar dan patogen, dengan itu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular


Harga:RM 89.90 -20 sachet(sudah termasuk kos pos)
Berminat untuk order? sms saya : 0193249113

Thursday, September 8, 2011

AMALAN MEWUJUDKAN KASIH SAYANG SUAMI/ISTERI & KELUARGA

Jom bersama mari kita amalkan..



1) MEMBACA SURAT A-LI’IMRAN AYAT 31

Firma Allah: Katakanlah (wahai Muhammad):”Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan(Ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihi.” Apabila sampai kepada ayat “yuhbibkumullah (nescaya Allah mengasihi kamu), maka niatkanlah nama suami (isteri), barulah disambung dengan ayat seterusnya.

(2) MENGAMALKAN SURAT YUSUF AYAT 4

Firman Allah:”(Ingatlah peristiwa) tatkala Nabi Yusuf berkata kepada bapanya:”Wahai ayahku! Sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan: aku melihat mereka memberi hormat kepadaku.”
(Ayat ini juga elok dibaca ketika hendak ditemuduga)

(3) UNTUK MELEMBUTKAN HATI SUAMI DAN JUGA ANAK, AMALKAN MEMBACA SURAH AL-HASYR AYAT 21

Firman Allah:”Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.”

(4) AYAT INI SESUAI DIBACA UNTUK MELEMBUTKAN HATI SESEORANG IAITU SURAH ASY-SYURA AYAT 19

Firman Allah:”Allah Maha Lembut tadbir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya) kepada hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

(5) PASANGAN SUAMI ISTERI JUGA HENDAKLAH SELALU MENGAMALKAN MEMBACA SURAH TOHA.

Baca dan tiupkan di ubun-ubun anak dan suami/isteri ketika mereka tidor. Surah ini bukan sekadar dapat melembutkan hati pasangan masing-masing serta anak, tetapi juga memberi kesan kepada hal-hal lain. Misalnya, ketika berhadapan dengan orang yang berdolak-dalih untuk membayar hutang, maka bolehlah dibaca ayat ini. Ayat ini juga sesuai dibacakan pada air minuman dan ketika membasuh beras.
(Hanya sesuai untuk pasangan suami-isteri dan anak-anak-pasangan yang halal dari segi hukum Allah).

Tuesday, September 6, 2011

Serlah Potensi Diri

Menoleh ke dalam diri Usah terasa kecil Lihatlah apa uniknya diri Pasti ada sesuatu yang menarik Allah tidak mencipta sesuatu dgn sia-sia Untuk Mengapai kecemerlangan Mungkin ada pada bakat dan kemahiran Yang perlu digilap Manusia perlu sedar Perlu ada anjakan paradigma dalam Nilai diri positif Fokus yang positif Ada sesuatu yang lebih bererti Moga terus cemerlang Membaiki kekurangan diri Pupuk bakat dan minat Suluhlah ke dalam diri Agar terkilau sebutir mutiara Perlu dibajai setiap hari Agar kemilaunya bergemerlapan Menyemarak diri Dipetik daripada buku :Terima Kasih Tuhan Atas Cinta Ini" tulisan Zuhriah Mohamad Juoi, Karya Bestari

Anak Amanah Allah

Anak, kurniaan & amanah yang tiada nilai. Ramai pasangan yang tiada zuriat berusaha mendapatkan manakala yang sedia ada, tiada segan silu mengabaikan mereka. Ada sesetengah pasangan yang ambil ringan tentang tanggungjawab dalam mendidik anak-anak. Bagi mereka, cukup dengan beri makan, hantar ke sekolah dan seterusnya membesarkan mereka. Setakat itu saja tidak mencukupi. Anak-anak perlukan bimbingan, belaian, kemesraan, kasih sayang dan ikhsan dari ibu ayah. Jika mereka setakat ditabur dengan kemewahan tapi rohaninya kosong dan jiwanya sepi, ke manakah arah anak-anak ini? Ibu ayah sentiasa sibuk dengan tugas sehingga terlupa akan 'persahabatan' mereka dengan anak-anak. Ini akan membuat anak-anak itu 'sendirian' meniti hari-hari yang mereka lalui. Tidak kurang juga ibu ayah yang garang dan panas baran. Pada mereka, dengan menonjolkan sikap sebegini, anak-anak akan takut dan berlaku baik budi pekertinya. Pukul bantai dan mencederakan mereka akan membuat jiwa mereka lebih memberontak. Pengniayaan sebegini tidak seharus dipikul sang anak. Sedangkan haiwan sayang pada anaknya, inikan kita insan yang dhaif. Mereka akan membesar dengan jiwa pendendam dan kasar perilakunya. Namun begitu, terpulang pada firasat masing-masing bagaimana hendak memikul amanah ini. Dari tapak kaki berukuran 2 jari, kita telah memikul satu amanah demi mencorak masa depan mereka. Apapun yang akan atau cuba kita usahakan, bersyukurlah kehadrat Ilahi dan jangan bersikap suka membandingkan anak. Setiap anak mempunyai kebolehan yang mungkin tidak kita nampak pada saat dia kecil tapi akan lebih terserlah pabila dia membesar. Berilah peransang pada apa yang diminati dan jangan memaksa mereka buat sesuatu hanya kerana kita suka. Jika hendak menegur, sapalah dengan rasa ikhsan dan bukan dengan paksaan. Mereka juga punya hati dan perasaan. Pernah seorang tua berkata pada saya, "Jika kau kasar pada mereka, maka ganaslah mereka DAN jika kau lembut pada mereka, maka penyayanglah anak itu". Dari itu, sayangilah, bimbingilah serta kasihilah anak-anak kita kerana kita menjadi cermin mereka. Jika amanah ini tidak kita laksanakan dengan sempurna, maka diakhirat akan dituntut.

Surah Al Insyirah

Amalan membaca surah Al Insyirah dapat melembutkan hati suami. Amalkan membaca surah Al-Insyirah agar dapat melembutkan hati suami.Boleh dibaca ketika memasak atau menyediakan minuman anda boleh membaca ayat-ayat ini sambil niatkan dalam hati agar suami dilembutkan hati dan diringankan tulang untuk membantu anda membereskan kerja-kerja rumah. Sumber-Majalah Nur
Cotton House Malaysia

Self Check List 4Me and U

Suka sgt baca posting dr ayu safieza....blog http://kitchencolours.blogspot.com/ tentang self check list..peringatan untuk diri sendiri..hope ayu tak kisah....saya letak kat sini..

Self Check List

4Me and U

  • ~ Menutup aurat sepenuhnya
  • ~ Berisgtifar apabila buat benda laqa'
  • ~ Bersyukur dengan ucapan alhamdulillah
  • ~ Membaca al-Mulk dan witir sebelum lena
  • ~ Mendoakan orang lain
  • ~ Memaafkan kesalahan orang lain
  • ~ Membaca Al Matsurat selepas subuh dan asar
  • ~ Membaca dan menghayati al-Quran setiap hari
  • ~ Taat pada suami & ibu bapa
  • ~ Bersabar mendidik anak
  • ~ Mengingati mati sekerap mungkin
  • ~ Merasa diri hina dan buruk dihadapanNYA
  • ~ Berfikir tentang kekuasaan Allah
  • ~ Bangun qiam at least seminggu sekali
  • ~ Berpuasa 8 kali sebulan
  • ~ Solat 5 waktu di awal masa
  • ~Berfikiran positif dan gembirakan diri dan orang lain
  • ~Berbaik sangka, jauhi berduka & akui kelemahan diri
  • ~Berusaha memperbaiki diri
  • ~Jaga makan, minum dan lakukan senaman
  • ~Jaga mata, lidah dan hati
  • ~Jaga pergaulan


new