Suka kumpul mutiara kata,artikel, petikan bermanfaat.sharing info about shaklee product, jom kekal anggun dan sihat bersama shaklee
Thursday, October 4, 2012
Warna Kehidupan Jangan Dikeluh
Salam buat pembaca sweettudung..nampaknya lama sweettudung bersawang..ok kali ni saya nak share satu lagi artikel untuk kita semua hayati...ianya tentang mengeluh bila kita menghadapi situasi yang kita tidak sukai ..namun mungkin ada hikmah disebaliknya..untuk kita renungi. Ok ...untuk next post saya nak bercerita pasal produk yang saya guna untuk kesihatan bersama..tunggu.....
Alhamdulillah, indah dan uniknya ciptaan Allah. Penuh dengan kepelbagaian dan variasi yang tersendiri. Pada setiap kejadian ada perbezaan dan persamaan yang tidak sama. Walaupun seakan kelihatan sama, namun tetap berbeza. Seperti seorang lelaki dengan lelaki yang lain.
Walau kejadiannya adalah sama, namun setiap lelaki tidak sama. Ada perbezaannya. Demikianlah juga perempuan dan seluruh makhluk yang diciptakanNya. Hatta pasangan kembar seiras juga tetap ada perbezaannya walaupun kelihatan sama.
Unik kan? Subhanallah... Agung sungguh ciptaan Allah.
Cuba kita renungkan... seorang pereka fesyen, pereka grafik.. pada satu saat akan terasa berat memikirkan idea dan ilham mencari design-design yang terbaru. Kadang-kadang seakan mati akal mencari design yang pelbagai. Tidak mahu design yang sedang disiapkankan mempunyai kriteria yang sama dengan design yang terdahulu. Namun, Allah walau ciptaanNya tidak dapat dihitung lagi, tidak ada satu pun yang sama ciptaannya.
Buktinya, lihat sahaja ibu jari kita. Berjuta, berbilion manusia tidak ada seorang pun yang memiliki garis ibu jari yang serupa. Begitu jugalah Allah ciptakan manusia ini pelbagai ragam. Pelbagai sifat.. Pelbagai perangai..
.MasyaAllah, ajaibnya ciptaan Allah... Penuh dengan warna-warni dalam penciptaanNya.
Kehidupan dan Ujian
Kenapa perlu kita keluhkan..
''Aih... aku tak suka lah cam ni...aku tak suka lah dia tuh... dia tak buat macam ni''
"Aku geram lah dengan dia ni... Pinjam barang tak bagitahu dulu. Lepas tu jadikan hak milik pula"
Kenapa kita marah orang sesuka hati
'' Kau ni kenapa lambat sangat nak faham... kenapa kau macam ni..?''
" Engkau pergi mana tadi? Tahu tak aku dah lama tunggu kat sini?"
Mungkin kita pernah terlepas kata. Mengeluh dan memarahi tanpa usul periksa. Waktu itu, apa yang kita fikir hanya tentang diri kita sahaja. Kita utamakan perasaan kita. Lantas kita luahkan ketidak puasan hati kita. Kita mengeluh. Marah dan berlalu dengan muka masam mencuka.
Kenapa tidak kita nasihati jika sahabat itu melakukan kesalahan? Mengapa tidak kita tanamkan redha pada setiap ujian yang Allah berikan untuk kita? Bukankah setiap apa yang mendatang itu adalah ujian buat kita. Sama ada ujian itu berbentuk nikmat, apatah lagi berbentuk perkara yang tidak kita sukai dan senangi. Mengapa kita tidak muhasabah diri dulu sebelum memuhasabah, memarahi orang di hadapan kita?
Kita terlupa, saat itu sebenarnya Allah menguji keimanan kita. Kesabaran kita. Demikianlah kehidupan dan ujian yang hadir dalam hidup kita. Ujian juga adalah warna- warni yang mewarnai hidup kita. Dan warna warni inilah yang akan mencorakkan kehidupan kita. Jika kita mewarnakan kehidupan kita dengan warna gelap kehitaman, maka lakaran corak hidup kita tidak seindah yang di rasa. Begitu jugalah kehidupan kita, jika kita mewarnakan ia dengan pelbagai warna, maka kehidupan kita pasti menawan rasa.
Bukankah pelangi itu indahnya pada biasan warnanya yang pelbagai? Begitulah juga dengan kehidupan. Jika kehidupan itu diwarnakan dengan pelbagai warna, maka keindahan itulah yang dapat nikmati.
''Dengan Mengingati Allah Jiwa Akan Menjadi Tenang"'
Kadangkala kita terlepas pandang. Apabila ditimpa musibah, kita mendahulukan manusia dari Allah. Sedangkan musibah itu datangnya dari Allah. Maka, mengapa manusia yang perlu didahulukan. Adakah kita lupa tentangnya..???
Istighfarlah sahabat.. Kadang kala hadirnya musibah itu kerana berpunca dari diri kita sendiri. Musnahnya kehidupan flora dan fauna bukan dari sesiapa, tetapi puncanya dari tangan-tangan manusia. Banjir kilat, tanah runtuh, dan pelbagai lagi ujian alam yang menduga adalah kita pemulanya. Maka, jangan mengeluh jika musibah itu beralih arah kepada diri kita sendiri. Kerana itulah perlunya beristighfar, memohon keampunan kepada Tuhan agar diampunkan segala kekhilafan dan keterlanjuran diri.
Demikianlah jika ada sahabat-sahabat kita yang membuatkan kita tidak senang dengan sesuatu perkara. Jangan mengeluh dan marah sesuka hati. Mungkin saja ianya sebagai asbab diri kita sendiri. Sebelum kita menuding jari kepada orang di hadapan kita, dahulukanlah menuding jari ke arah diri sendiri.
Jangan juga dipinta seseorang mengikuti kehendak kita sedangkan tahap dirinya tidak tercapai. Tidak termampu olehnya. Mungkin ada sebab sesuatu yang kita tidak tahu mengapa dan kenapa demikian hal yang berlaku. Yang penting, mohonlah keampunan kepada Allah, dan pintalah moga Allah jauhkan kita dari sifat amarah. Sesungguhnya amarah itu adalah dari syaitan dan syaitan itu adalah dari api.
Ayuh muhasabah.. Jangan dikeluhkan ujian yang Allah berikan. Didiklah diri agar bersabar sentiasa dan hiasi hati itu dengan keindahan bersangka baik. Sesungguhnya itulah ciri-ciri mukmin yang membahagiakan dan menyenangkan orang lain. Barangsiapa yang baik akhlaknya di dalam muamalatnya pasti akan dimuliakan oleh orang lain. InsyaAllah~
Warna-warni kehidupan
Wahai sahabat... Cuba kita renungkan bersama. Jika semua orang ragamnya adalah sama sahaja dengan kita.. Apakah akan terjadi dengan kehidupan kita...????
Bosan bukan? Tapi mengapa..??
Kerana tiadanya warna -warni (ujian) yang mewanai kehidupan kita. Kehidupan yang penuh dengan warna warni pasti indah seterusnya akan memberi keindahan dan kebaikan pada sekeping hati (iman). Iman itu jika tiada musibah atau ujian, maka sifatnya hanya mendatar dan mungkin saja akan menurun selayaknya. Namun, sekiranya iman itu dihadirkan dengan ujian dan cabaran, maka iman itu akan meningkat sesuai dengan tahap iman yang ada. Semakin iman itu mantap, maka semakin hebatlah pula ujian yang mewarnainya.
Yakinilah janji Allah bahawa setiap apa yang Dia rencanakan tetap punyai hikmahnya.
Maka, Usah dikeluhkan ujian pada sebuah kehidupan.
- Artikel iluvislam.com
Tuesday, August 14, 2012
Teratak Chetam: Aneka Resepi Roti - Sumbangan Diana
Teratak Chetam: Aneka Resepi Roti - Sumbangan Diana: Milk Loaf Chocolate Milk Loaf MILK LOAF Bahan-bahannya 500 gram tepung roti 300 ml susu segar 2 sudu makan shortening 1 1/2 sudu t...
Teratak Chetam: Kek Coklat Kukus Zaima, Kek Coklat Kukus Badariah ...
Teratak Chetam: Kek Coklat Kukus Zaima, Kek Coklat Kukus Badariah ...: Chetam dah buat ketiga-tiga kek coklat kukus. Cuma kek Zaima dan Badariah yang Chetam bubuh topping. Chetam penah postkan resepi kek Zaima t...
Thursday, July 26, 2012
Pen Quran
Sunday, July 8, 2012
DIDIK HATI AGAR SELALU REDHA
Firman Allah yang bermaksud:
“Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu, Dialah yang mentakdirkan adanya kematian dan kehidupan untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya.” – (Surah al-Mulk, ayat 1-2) .
Menyingkap maksud firman Allah itu, manusia sentiasa akan diuji dengan kebaikan dan kesulitan. Segala perkara atau peristiwa berlaku dengan izin dan kehendak Allah.
Bagi Allah segala-galanya adalah kebaikan untuk hamba-Nya. Penerimaan manusia boleh jadi berbeza sama ada perkara itu baik atau buruk kecuali orang mukmin yang memiliki keimanan sebenar. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Allah sungguh kagum kepada orang mukmin, apabila menerima nikmat ia bersyukur dan apabila ditimpa musibah ia bersabar.” – (Maksud al-Hadis)
Setiap detik kehidupan kita perlu meyakini bahawa kita berada dalam ujian Allah sehingga roh bercerai daripada badan. Firman Allah yang bermaksud:
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja mengatakan kami sudah beriman sedangkan mereka tidak diuji terlebih dulu. Dan sesungguhnya kami sudah menguji orang sebelum kamu maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta.” (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)
Manusia diberi kemampuan mengamati atau menilai sesuatu perkara dan peristiwa secara zahir melalui deria penglihatan. Manusia juga dapat mengguna akal untuk mentafsir perkara atau peristiwa yang dilihat.
Manusia yang lebih tinggi martabatnya ialah apabila dapat melihat melalui mata hati. Ini adalah penglihatan atau gambaran cahaya iman. Allah berfirman yang bermaksud: “Maka ambillah pelajaran wahai orang yang memiliki mata hati.” (Surah al-Haysr, ayat 2)
Sering kali kita terdengar rungutan apabila hari hujan kerana hujan yang turun menyusahkan untuk ke pejabat atau ke mana saja sedangkan bagi tukang kebun atau petani, hujan adalah rahmat Allah yang akan menyuburkan pokok serta tanaman mereka. Begitulah kepelbagaian ragam dan persepsi dalam kehidupan.
Segala penentuan Allah diterima dengan persepsi berbeza antara satu sama lain. Perbezaan sudut pandang ini bergantung kepada beberapa perkara seperti ilmu, keimanan, amalan dan ketakwaan seseorang. Orang beriman sentiasa reda dan menerima segala ketentuan dengan hati tenang kerana mereka berfikir secara positif, mencari hikmah di sebalik setiap peristiwa.
Setiap insan sentiasa mengharapkan kedamaian dan ketenangan hidup, bahkan manusia menginginkan kesenangan itu berpanjangan. Realiti kehidupan tidak selalu begitu kerana langit tidak selalunya cerah.
Panduan berikut boleh dijadikan pedoman untuk mendidik diri menerima sesuatu peristiwa baik atau buruk dengan penuh keredaan. Dengannya kita akan berasa tenang dalam menerima sesuatu dengan rela hati :
Bersyukur kepada Allah dan Membilang Nikmat-Nya
Kita beriman bahawa Allah tetap memberi nikmat di dunia kepada semua hamba-Nya. Apabila kita mendapat nikmat-Nya kita bersyukur dan mengiktiraf nikmat itu supaya tidak lupa jasa Allah.
Firman Allah yang bermaksud:
“Allah sudah menyempurnakan nikmat-Nya kepada kalian baik yang zahir mahupun yang batin.” - (Surah Luqman, ayat 20)
Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan jika kalian menghitung nikmat Allah nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya.” – (Surah Ibrahim, ayat 34)
Nabi Sulaiman yang dikurniakan kerajaan dan kekayaan berkata:
“Ini termasuk dalam kurnia Tuhanmu untuk menguji aku adakah aku bersyukur atau kufur nikmat.” – (Surah an-Namlu, ayat 20) .
Syukur bukan setakat mengucapkannya tetapi kita perlu zahirkan kelakuan orang yang bersyukur dalam bentuk perbuatan. Contohnya, apabila seseorang itu mendapat keuntungan daripada perniagaan diusahakannya, dia akan dibelanjakan ke jalan halal dengan ikhlas.
Musibah Menghapuskan Dosa
Kita menerima musibah dengan positif untuk menyedarkan kita supaya menilai kembali tingkah laku. Sebagai manusia, kita tidak sunyi daripada melakukan dosa. Musibah dapat melenyapkan dosa yang dilakukan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tidaklah seseorang mukmin itu ditimpa kecemasan, kegelisahan, rasa sakit dan keletihan hingga tertusuk duri melainkan dengan semua itu Allah akan menghapuskan dosanya.” – (Maksud al-Hadis)
Bersabar Tanda Kemenangan
Allah mendidik kita supaya menerima sesuatu dengan reda dan sabar kerana Allah bersama dengan orang yang sabar. Orang yang bersabar akan mendapat kemenangan di dunia dan syurga di akhirat. Firman Allah yang bermaksud:
“Dan supaya kamu jangan terlalu berduka cita terhadap apa yang hilang daripada kamu dan janganlah kamu terlalu gembira apabila mendapat sesuatu nikmat.” – (Surah al-Hadid, ayat 23)
Berdoa dan Memohon Pertolongan Hanya Kepada Allah
Doa adalah senjata orang mukmin. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh, yakin dan kenalilah Allah ketika senang nescaya Allah akan mengenali kita ketika susah. Berdoa dengan khusyuk dan jadikan berdoa para nabi sebagai panduan. Bayangkan bagaimana pasrah dan khusyuk nabi berdoa dalam keadaan genting.
Kita juga tahu Allah memakbulkan doa mereka. Nabi Ibrahim berdoa memohon pertolongan Allah ketika dibakar dalam unggun api yang marak menyala, Nabi Muhammad ketika perang Badar dan Nabi Musa yang cemas ketika di kepung Firaun di Laut Merah dan saat kegelapan Nabi Yunus dalam perut ikan.
Membaca al-Quran
Al-Quran adalah kitab rujukan utama kepada setiap mukmin yang cemerlang. Kitab ini perlu dibaca dan difahami maksudnya setiap hari dengan tujuan melembutkan hati serta mendidik jiwa supaya istiqamah dalam amalan yang baik.
Allah sentiasa mengingatkan supaya mengambil pendekatan sederhana kerana keluh kesah akan menambah lagi musibah. Apabila menerima sesuatu musibah, kita zahirkan rasa syukur dengan membandingkan musibah lebih besar atau membandingkan musibah dihadapi orang lain.
Mengambil pelajaran dan melihat sesuatu hikmah dalam setiap perkara akan melahirkan insan yang celik perasaan serta mampu mengharungi hidup yang penuh pancaroba.
Sumber: http://www.iluvislam.com/
3 TIPS MENGEKALKAN SIKAP POSITIF
Gunakan 3 tips dibawah sebagai panduan untuk Anda mempelajari cara mengekalkan fikiran positif.
1. Terus menerus perbaiki akhlak, sikap dan perilaku.
Perbaiki lagi fikiran positif Anda dan jangan pernah cuba untuk berhenti! Bagi mengekalkan fikiran positif, kita sendiri kena baik dulu. Baik dalam perbuatan, baik dalam sikap, baik dalam emosi-emosi kita. Barulah dengan itu kita dapat kekalkan fikiran positif.
2. Elak untuk bersangka buruk walaupun sedikit.
Jangan gara-gara fikiran negatif sebesar habuk selama sesaat, hancur semua fikiran positif yang kita dah bina berhari-hari lamanya. Nampak macam susah nak jaga fikiran positif, tapi sebenarnya tidak.
Cara paling mudah nak kekalkan fikiran positif adalah menggembirakan emosi kita. Hadirkan banyak emosi-emosi positif seperti perasaan cinta, kasih sayang dan rasa bersyukur yang amat mendalam. Hadirkan kemaafan - rajin memberi maaf dan rajin meminta maaf. Itu saja! Kesannya, Anda akan rasa bersemangat. Cinta dan syukur adalah emosi positif yang patut kita ada supaya kita sentiasa berfikiran positif.
3. Gembirakan diri, berusahalah menggembirakan diri segembira yang mungkin.
Buat sesuatu yang Anda rasa seronok melakukannya, seolah-olah macam hobi. Ada di kalangan kita suka memasak, menyanyi, berbual-bual, menonton video lucu, bermain games, mendengar lagu, bersenda gurau, menjadikan mereka rasa 'feel good'. Emosi menjadi ringan, kurang terbeban.
Dalam sehari, biasakan diri melakukan perkara-perkara di atas, dalam jangka masa 20-30 minit, 3 kali sehari. Jika Anda dah biasa melakukannya, itu sudah bagus!
Dekatkan diri dengan orang yang membuat Anda rasa gembira, tertawa seolah-olah tiada satupun masalah dalam hidup Anda.
SUMBER:http://hurun-ein.blogspot.com
1. Terus menerus perbaiki akhlak, sikap dan perilaku.
Perbaiki lagi fikiran positif Anda dan jangan pernah cuba untuk berhenti! Bagi mengekalkan fikiran positif, kita sendiri kena baik dulu. Baik dalam perbuatan, baik dalam sikap, baik dalam emosi-emosi kita. Barulah dengan itu kita dapat kekalkan fikiran positif.
2. Elak untuk bersangka buruk walaupun sedikit.
Jangan gara-gara fikiran negatif sebesar habuk selama sesaat, hancur semua fikiran positif yang kita dah bina berhari-hari lamanya. Nampak macam susah nak jaga fikiran positif, tapi sebenarnya tidak.
Cara paling mudah nak kekalkan fikiran positif adalah menggembirakan emosi kita. Hadirkan banyak emosi-emosi positif seperti perasaan cinta, kasih sayang dan rasa bersyukur yang amat mendalam. Hadirkan kemaafan - rajin memberi maaf dan rajin meminta maaf. Itu saja! Kesannya, Anda akan rasa bersemangat. Cinta dan syukur adalah emosi positif yang patut kita ada supaya kita sentiasa berfikiran positif.
3. Gembirakan diri, berusahalah menggembirakan diri segembira yang mungkin.
Buat sesuatu yang Anda rasa seronok melakukannya, seolah-olah macam hobi. Ada di kalangan kita suka memasak, menyanyi, berbual-bual, menonton video lucu, bermain games, mendengar lagu, bersenda gurau, menjadikan mereka rasa 'feel good'. Emosi menjadi ringan, kurang terbeban.
Dalam sehari, biasakan diri melakukan perkara-perkara di atas, dalam jangka masa 20-30 minit, 3 kali sehari. Jika Anda dah biasa melakukannya, itu sudah bagus!
Dekatkan diri dengan orang yang membuat Anda rasa gembira, tertawa seolah-olah tiada satupun masalah dalam hidup Anda.
SUMBER:http://hurun-ein.blogspot.com
Subscribe to:
Posts (Atom)
Self Check List 4Me and U
Suka sgt baca posting dr ayu safieza....blog http://kitchencolours.blogspot.com/ tentang self check list..peringatan untuk diri sendiri..hope ayu tak kisah....saya letak kat sini..
4Me and U
Self Check List
4Me and U
- ~ Menutup aurat sepenuhnya
- ~ Berisgtifar apabila buat benda laqa'
- ~ Bersyukur dengan ucapan alhamdulillah
- ~ Membaca al-Mulk dan witir sebelum lena
- ~ Mendoakan orang lain
- ~ Memaafkan kesalahan orang lain
- ~ Membaca Al Matsurat selepas subuh dan asar
- ~ Membaca dan menghayati al-Quran setiap hari
- ~ Taat pada suami & ibu bapa
- ~ Bersabar mendidik anak
- ~ Mengingati mati sekerap mungkin
- ~ Merasa diri hina dan buruk dihadapanNYA
- ~ Berfikir tentang kekuasaan Allah
- ~ Bangun qiam at least seminggu sekali
- ~ Berpuasa 8 kali sebulan
- ~ Solat 5 waktu di awal masa
- ~Berfikiran positif dan gembirakan diri dan orang lain
- ~Berbaik sangka, jauhi berduka & akui kelemahan diri
- ~Berusaha memperbaiki diri
- ~Jaga makan, minum dan lakukan senaman
- ~Jaga mata, lidah dan hati
- ~Jaga pergaulan
Feedjit
