Monday, October 8, 2012

MEMBINA TIPS CERIA SEPANJANG HARI


Hari Isnin....camna dengan mood kerja semua..jgn monday blues..jom kita tingkatkan motivasi.Sweettudung nak share satu lagi artikel untuk kita meningkatkan lagi motivasi kita dalam menghadapi kehidupan kita seharian.

Kesegaran dan minda positif hari mampu menambahkan semangat bagi melakukan tugasan seharian. Indahnya Islam membawakan nilai dan motivasi positif bagi umatnya sentiasa ceria dan gembira dalam tugasan seharian.

Perkara terbaik yang boleh dilakukan selepas membuka mata di pagi hari adalah:

1.Bersyukur kerana anda masih diberi nafas pagi ini bagi melihat matahari dan menghirup segarnya udara kurniaan Allah. Bersyukur juga kerana anda masih diberi kesempatan bagi melakukan dan menjadi yang terbaik dan pastinya lebih baik daripada yang semalam.

2. Tekad Bermotivasi.
Ucapkan dalam hati dan kepada diri yang anda mahu bersemangat sepenuhnya. Dengarkan dan baca bahan bermotivasi sebelum memulakan tugas. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Tingkatkan motivasi diri dengan mencari motivasi terbaik. Motivasi harus dijaga. Motivasi sekiranya tidak dipelihara akan menjadikan kita tidak bersemangat.4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.Mulakan setiap tugasan yang ingin dilakukan dengan bismillah. Bismillah dapat menjauhkan kita daripada bisikan syaitan dan perasaan was-was.

5. Mulakan hari dengan ubah sikap. Tetapkan apa yang mahu dicapai.

6. Maafkan semua orang sebelum dan selepas bangun daripada tidur, maafkan insan di sekeliling kita. Memaafkan dapat menghilangkan segala kerungsingan dan keresahan hidup. Hati juga akan menjadi tenang dan tenteram apabila kita memaafkan insan lain.

7. Berani dan bersedia untuk berubah dan berhijrah bagi Kecemerlangan Hidup. Sentiasa yakin Allah sebagai pelindung kita. Hakikatnya kita sendiri yang dapat mengubah kehidupan kita

Sumber - Artikel iluvislam.com

No comments:

Post a Comment

Cotton House Malaysia

Self Check List 4Me and U

Suka sgt baca posting dr ayu safieza....blog http://kitchencolours.blogspot.com/ tentang self check list..peringatan untuk diri sendiri..hope ayu tak kisah....saya letak kat sini..

Self Check List

4Me and U

  • ~ Menutup aurat sepenuhnya
  • ~ Berisgtifar apabila buat benda laqa'
  • ~ Bersyukur dengan ucapan alhamdulillah
  • ~ Membaca al-Mulk dan witir sebelum lena
  • ~ Mendoakan orang lain
  • ~ Memaafkan kesalahan orang lain
  • ~ Membaca Al Matsurat selepas subuh dan asar
  • ~ Membaca dan menghayati al-Quran setiap hari
  • ~ Taat pada suami & ibu bapa
  • ~ Bersabar mendidik anak
  • ~ Mengingati mati sekerap mungkin
  • ~ Merasa diri hina dan buruk dihadapanNYA
  • ~ Berfikir tentang kekuasaan Allah
  • ~ Bangun qiam at least seminggu sekali
  • ~ Berpuasa 8 kali sebulan
  • ~ Solat 5 waktu di awal masa
  • ~Berfikiran positif dan gembirakan diri dan orang lain
  • ~Berbaik sangka, jauhi berduka & akui kelemahan diri
  • ~Berusaha memperbaiki diri
  • ~Jaga makan, minum dan lakukan senaman
  • ~Jaga mata, lidah dan hati
  • ~Jaga pergaulan


new